Saturday, March 14, 2009

Latihan Plyometrik

Perkataan Plyometrik adalah berasal daripada perkataan Greek ‘Pleythein’ yang membawa maksud bertambah atau meningkat atau dari perkataan akar Greek ‘Plio dan Metric’ yang membawa maksud banyak dan terkira. Hari ini plyometrik merujuk kepada ciri-ciri latihan tentang pengucupan otot-otot yang kuat dalam bertindak kepada kelajuan, beban yang dirancang atau meregangkan otot-otot yang terlibat.
Latihan Plyometrik adalah satu sistem latihan kuasa (dynamic power) yang digunakan untuk meningkatkan kuasa otot yang terlibat dalam pergerakan yang hampir sama dengan acara yang dilatih.

Objektif latihan
1. Meningkatkan kuasa dinamik otot yang terlibat
2. Meningkatkan keupayaan anaerobik
3. Meningkatkan dayatahan kederasan otot dan dayatahan otot yang spesifik
4. Meningkatkan kelajuan dan kekuatan otot

Prinsip latihan

1. Latihan ini dijalankan berpandukan prinsip tambah beban secara Progresif
2. Prinsip kerja dan masa pemulihan dan denyutan jantung digunakan seperti dalam latihan jeda
3. Aktiviti yang dipilih perlu berdasarkan kepada spesifisiti permainan atau sukan yang terlibat


Rasional
1. Latihan plyometrik hanya dirancang setelah dayatahan otot dan kekuatan otot telah dibina
2. Mempunyai keberkesanan pada fasa pra pertandingan
3. Alatan tidak banyak diperlukan
4. Tidak mengambil masa yang lama

Aktiviti latihan plyometrik

1. lari setempat dengan lutut tinggi, tangan dihayun pantas
2. lari setempat tumit menyentuh punggung
3. lompat skip, tangan dihayun pantas
4. lari langkah panjang(striding)
5. lompat berhalangan

No comments:

Post a Comment