Wednesday, January 6, 2010

BERSENAM

Bersenam di rumah

RAMAI orang tidak suka bersenam di luar rumah kerana perkara remeh-temeh. Perlu bangun awal pagi, memilih pakaian yang sesuai dan jika tempat bersenam jauh sedikit daripada rumah, perlu memandu dan mencari tempat meletak kereta. Selepas penat bersenam, sekali lagi terpaksa memandu dan apabila tiba di rumah, perlu berkemas pula.

Faktor remeh-temeh ini menyebabkan hasrat bersenam terus berkubur, apatah lagi untuk dilakukan setiap hari.

Mengapa tidak mencuba bersenam di rumah? Sebenarnya, tidak ada beza bersenam di rumah dengan aktiviti fizikal lain. Sesetengah orang pula lebih suka bersenam di rumah sebelum lebih yakin untuk pergi di luar.

Ada pelbagai jenis senaman yang boleh dilakukan dalam rumah tanpa menggunakan peralatan khas. Teknik senaman seperti pilates dan yoga membolehkan anda bersenam dengan mudah. Peralatan sedia ada dalam rumah seperti perabot atau kerangka pintu boleh dimanfaatkan sebagai sebagai alat sokongan.

Senaman mudah dengan tumpuan kepada otot dan sendi boleh memperbaiki kekuatan dan keanjalan. Prinsip senaman tetap sama, iaitu lakukan secara berperingkat hingga anda cukup cergas untuk melakukan bagi tempoh lebih lama.

Walaupun boleh dilakukan pada bila-bila masa, lebih baik senaman dilakukan pada waktu yang sama setiap hari supaya senaman itu akhirnya menjadi sebahagian rutin hidup anda.

Untuk mengelakkan kebosanan, alunan muzik boleh dijadikan sebagai latar belakang, tetapi pilih rentak yang sesuai supaya anda terus bersemangat untuk bersenam.

Strategi lain ialah bersenam berpandukan tayangan video yang menunjukkan setiap pergerakan senaman dengan betul dan memberi motivasi melalui suasana seperti berada dalam kelab kecergasan atau kesihatan.

Keperluan memiliki peralatan senaman di rumah

Trend yang berlaku di kalangan masyarakat moden sekarang ialah bersenam di rumah dengen menggunakan mesin senaman.

Terdapat pelbagai jenama dan jenis mesin senaman yang boleh digunakan di rumah. Tepuk dada tanya selera dan orang zaman sekarang menambah, tengoklah dulu dompet.

Hendak mesin yang ringkas yang berharga bawah RM1,000 atau mencecah puluhan ribuan ringgit dan berteknologi canggih seperti dilengkapi komputer yang boleh mengukur tahap kecergasan anda. Semua ada di pasaran.

Mesin seperti basikal senaman jika digunakan dengan berkesan boleh mewujudkan pelbagai aktiviti fizikal berbeza. Faktor lebih penting ialah mudah digunakan kerana tidak perlu keluar dari rumah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Malangnya, tidak kurang orang yang menghabiskan ribuan ringgit, akhirnya mesin tidak digunakan dan rosak begitu saja.

Senaman memerlukan keazaman yang kuat. Keadaan yang sama juga wujud jika anda mahu bersenam menggunakan mesin.

Sebelum membeli mesin senaman, tanya kepada diri anda sendiri, adakah ini bentuk senaman yang anda mahu dan lebih penting, adakah anda akan menggunakan mesin untuk senaman sebanyak tiga kali seminggu?

Cara bersenam di rumah

# Pilih pakaian yang selesa dan longgar.
# Jika perlu memakai kasut, pilih kasut yang sesuai untuk senaman.
# Alihkan perabot yang boleh menghalang pergerakan senaman.
# Beli tikar senaman untuk melakukan senaman yang memerlukan berbaring di atas lantai
# Lakukan aktiviti memanaskan badan dengan senaman regangan dan melonggarkan otot. Akhiri senaman dengan menyejukkan badan.

2 comments:

  1. wah2...cik mah kita ni...bersenam yea...balik sekolah ajar ni saya tak senam2 langsung sakit and sengal2 badan ni...

    ReplyDelete
  2. betul. kadang2 senam di rumah pun lg best dri gi gym.. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

    >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

    ReplyDelete