Wednesday, January 6, 2010

BERSENAM

Bersenam di rumah

RAMAI orang tidak suka bersenam di luar rumah kerana perkara remeh-temeh. Perlu bangun awal pagi, memilih pakaian yang sesuai dan jika tempat bersenam jauh sedikit daripada rumah, perlu memandu dan mencari tempat meletak kereta. Selepas penat bersenam, sekali lagi terpaksa memandu dan apabila tiba di rumah, perlu berkemas pula.

Faktor remeh-temeh ini menyebabkan hasrat bersenam terus berkubur, apatah lagi untuk dilakukan setiap hari.

Mengapa tidak mencuba bersenam di rumah? Sebenarnya, tidak ada beza bersenam di rumah dengan aktiviti fizikal lain. Sesetengah orang pula lebih suka bersenam di rumah sebelum lebih yakin untuk pergi di luar.

Ada pelbagai jenis senaman yang boleh dilakukan dalam rumah tanpa menggunakan peralatan khas. Teknik senaman seperti pilates dan yoga membolehkan anda bersenam dengan mudah. Peralatan sedia ada dalam rumah seperti perabot atau kerangka pintu boleh dimanfaatkan sebagai sebagai alat sokongan.

Senaman mudah dengan tumpuan kepada otot dan sendi boleh memperbaiki kekuatan dan keanjalan. Prinsip senaman tetap sama, iaitu lakukan secara berperingkat hingga anda cukup cergas untuk melakukan bagi tempoh lebih lama.

Walaupun boleh dilakukan pada bila-bila masa, lebih baik senaman dilakukan pada waktu yang sama setiap hari supaya senaman itu akhirnya menjadi sebahagian rutin hidup anda.

Untuk mengelakkan kebosanan, alunan muzik boleh dijadikan sebagai latar belakang, tetapi pilih rentak yang sesuai supaya anda terus bersemangat untuk bersenam.

Strategi lain ialah bersenam berpandukan tayangan video yang menunjukkan setiap pergerakan senaman dengan betul dan memberi motivasi melalui suasana seperti berada dalam kelab kecergasan atau kesihatan.

Keperluan memiliki peralatan senaman di rumah

Trend yang berlaku di kalangan masyarakat moden sekarang ialah bersenam di rumah dengen menggunakan mesin senaman.

Terdapat pelbagai jenama dan jenis mesin senaman yang boleh digunakan di rumah. Tepuk dada tanya selera dan orang zaman sekarang menambah, tengoklah dulu dompet.

Hendak mesin yang ringkas yang berharga bawah RM1,000 atau mencecah puluhan ribuan ringgit dan berteknologi canggih seperti dilengkapi komputer yang boleh mengukur tahap kecergasan anda. Semua ada di pasaran.

Mesin seperti basikal senaman jika digunakan dengan berkesan boleh mewujudkan pelbagai aktiviti fizikal berbeza. Faktor lebih penting ialah mudah digunakan kerana tidak perlu keluar dari rumah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Malangnya, tidak kurang orang yang menghabiskan ribuan ringgit, akhirnya mesin tidak digunakan dan rosak begitu saja.

Senaman memerlukan keazaman yang kuat. Keadaan yang sama juga wujud jika anda mahu bersenam menggunakan mesin.

Sebelum membeli mesin senaman, tanya kepada diri anda sendiri, adakah ini bentuk senaman yang anda mahu dan lebih penting, adakah anda akan menggunakan mesin untuk senaman sebanyak tiga kali seminggu?

Cara bersenam di rumah

# Pilih pakaian yang selesa dan longgar.
# Jika perlu memakai kasut, pilih kasut yang sesuai untuk senaman.
# Alihkan perabot yang boleh menghalang pergerakan senaman.
# Beli tikar senaman untuk melakukan senaman yang memerlukan berbaring di atas lantai
# Lakukan aktiviti memanaskan badan dengan senaman regangan dan melonggarkan otot. Akhiri senaman dengan menyejukkan badan.

Monday, May 11, 2009

Gambar Semasa Latihan Kecergasan


Semasa menjalani latihan kecergasan di pantai.

Thursday, May 7, 2009

Latihan Bebanan

L
atihan bebanan telah diterima secara universal sebagai satu kaedah latihan yang paling baik untuk meningkatkan kekuatan dan dayatahan otot. Intensiti, bebanan serta ulangan latihan bebanan, berbeza mengikut tujuan latihan yang hendak dijalankan. Mengikut Jesse bahawa :

Baca Seterusnya...

Wednesday, March 18, 2009

Latihan Fizikal

Pengenalan
Dalam mencapai kecergasan yang optima seseorang itu perlu mengetahui dan merancang latihan secara saintifik dan bersistematik. Latihan itu perlu dijalankan mengikut prinsip-prinsip latihan serta disiplin yang tinggi untuk mencapai hasil yang sempurna. Maka adalah penting seseorang itu mengetahui dan mendalami kaedah-kaedah dan jenis-jenis latihan yang sesuai.

Baca Seterusnya...

Saturday, March 14, 2009

Latihan Plyometrik

Perkataan Plyometrik adalah berasal daripada perkataan Greek ‘Pleythein’ yang membawa maksud bertambah atau meningkat atau dari perkataan akar Greek ‘Plio dan Metric’ yang membawa maksud banyak dan terkira.

Baca Seterusnya...

Wednesday, March 11, 2009

Latihan Fartlek

Latihan fartlek barmaksud ‘speed play’ adalah sejenis latihan dayatahan yang telah mula diperkenalkan di negara Sweden. Walaupun ianya mirip kepada latihan jeda tetapi aktiviti latihan ini lebih menekankan kepada pembinaan kepantasan atlit.

Baca Seterusnya...

Tuesday, March 10, 2009

Latihan Litar

Latihan litar ialah salah satu daripada kaedah latihan yang selalu digunakan untuk menguji kecergasan fizikal. Latihan ini telah diperkenalkan oleh R.E.Morgan dan G.T.Adamson pada tahun 1953 di Universiti of Leeds, England.

Baca Seterusnya...